Posts

Showing posts with the label Doa

shyyyy..dah kena "sembur"

Image
Hye semua.. Sambungan cerita kini bersambung hehehehe.. sesuka hati je. 2 hari sebelum kejadian ini aku di serang ini.. ini bukan aku, tapi yang ini yang berlaku kepada aku.. Bermulanya aku makan kuey teow.. Then malam tu lepas balik kerja, aku dah start gatal-gatal. Mulanya aku ingat mungkin sebab aku mandi & balik lewat. Tapi lepas mandi pon terkeruk-keruk macam beruk. ishk! Lain macam sungguh.. Bila nak tidur ok sikit. Dah tengah malam mula tak sedap. Tangan kebas muka keras.. Badan gatal. Bukan badan je kaki ke tapak kaki Tangan ke tapak tangan Asal ni?? Bangun g tengok! Muka dah tak rupa muka aku dah! Mata sepet tambah lak bengkak. Dengan merahnya lagi.. Mula gatal-gatal tu hanya bintik-bintk macam kena gigit nyamuk. Lama-lama makin lebar & bersambung, bengkak & dah rupa peta pon ade. SIYES beb aku tak tipu! Aku menyusu, mengandung.. fikir kena anak je.. Ya Allah dugaan apakah ini??? Anak, anak, anak.. Dah tak tahan punya pasal

PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH

Image
♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat,  pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:     Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan b

Doa-doa menjelang bersalin

Image
hye semua.. Bila dah hujung-hujung ni.. Aku try cari-cari doa yang pendek yang mudah dihafal yelah time dah sakit nanti dah sah-sah aku akan fikir nak bersalin je sekurangnya-kurangnya kalau ada doa-doa yang pendek bolehlah aku try betul tak.. aku share dari blog ni.. Cerita Awin Pada mom to be selamat la mengamalkan ye.. moga-moga dipermudahkan..aminnn Doa Nabi Yunus / Surah Anbiyak - 87 "Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." Ayatul Kursi / Surah AlBaqarah - 255 Surah Al-A'raf - 54 Surah Al-Falaq Surah An-Nas

Bismillah 5

Image
Sesuatu yang baik elok di kongsikan =) Selamat beramal Ertinya : 1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan 3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan 4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik 5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut: 1. Penawar bisa diri 2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang 3. Penawar bisa-bisa badan. 4. Penawar bisa batu merian 5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya. Cara Merawat: Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota ter

✿ Rahsia Surah Insyirah ✿

Image
BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku" . Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

✿ Rahsia Surah Ad-Dhuha ✿

Image
Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci.^_^' Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW. Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini. Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu. Terjemahan: [1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi - [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanny

✿ Rahsia Surah Al-Kautsar ✿

Image
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membaca